Monday 3 June 2013

terima kasih awak .

terima kasih awak kerana pernah wujud dalam hidup saya, pernah sayang saya. terima kasih sebab banyak mengajar saya tentang kehidupan. kasih sayang yang awak beri sangat bermakna buat saya . saya akan ingat sampai bila bila dan susah bagi saya untuk melupakan . tp saya akan cuba sedaya upaya. dan saya tak kisah sama ada awak masih nak tunggu saya atau pun awak nak mencari penganti saya. saya cuma nak tengok awak bahagia. saya hanya mampu sayang awak dari jauh sudah cukup bagi saya. tapi saya akan mengambil masa untuk membuat haluan baru dalam hidup saya. untuk mencintai yang lain itu tidak pernah wujud buat masa sekarang, saya sendiri tak tahu sampai bila perasaan ini tetap kekal dalam hati saya . selagi perasaan sayang terhadap awak, tak mungin saya akan membuka pintu hati saya untuk orang lain. jadi, biarlah saya sendiri menjalani hidup . saya boleh. semoga saya tabah mengharungi semua ini. bantulah hamba mu ini , ya allah .